Meeting dalam definasi bahasa melayu adalah perbincangan sekumpulan manusia untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Maka dengan itu tiadalah meeting bagi kambing mahupun lembu sebab ia adalah haiwan.
Namun bagiku meeting di tempat kerjaku amatlah bosan. Hari ni ada PCC (Paper Complainer Community), dimana dihadiri sejumlah orang2 berumur yang hanya akan approve paper bila ade feeling. Saya difahamkan bahawa setiap report ada feeling tersendiri. Saya memang penggemar music namun tidak la pula saya masukkan lirik2 jiwang dalam report supaya boss sign.
"Adil, mana technical report tu?"
Tersentak daku yg sedang tergelak membaca blog. Ini semua akibat pengaruh Hajime. Membuat diriku ingin membaca blog dan menulis semula.
"Sekejap lagi saya call up user, boss" itu saja ayat keramat yg sering aku gunakan dalam menepis setiap apa saja kerja yang mendatang. pening dan bosan sekali hari ini.
"Haihh..dah lunyai bontot asyik kene tibai je. Susah betul nak approve" Ujar boss ku dengan rambut ala tanduk dan berbaju hitam. Macam Wolverine boss aku. haha. Aku ada sirip ikan yu saje.
"Nak approve paper pon sepasukan bola sepak nak kena sign" sambil aku melihat petak2 yg perlu diisi dgn tandatangan boss2. Petak yg aku kene sign dikongsi bersama boss aku.
"Ini PCC ada sampai pukul brape?"
"Pukul 1245 boss. Ada 7 paper. skarang paper ke-3" jam dinding menunjukkan pukul 1215. Satu paper 30 minit paling laju. Memang habis feeling punya paper tu. Meleleh.
"Adil, paper awak da siap?"
Adoi. Baru teringat aku kene buat paper aku...alasan biasa aku terucap oleh bibirku secara automatic.
Saturday, July 26, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)